Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kenangan

Masa kecil, aku suka mengikut belakang traktor yang membajak tanah sawah.. Dengan kayu di tangan, bersama rakan seramai lima atau enam orang mengejar haruan, keli atau puyu yang kepeningan selepas terkena putaran tenggala. Tidak hirau penat, tidak hirau kotor selut yang kadang hanya mata kami sahaja yang kelihatan. Kadang kami pulang dengan ikan di tangan, penuh satu plastik. Tiada ibu atau bapa yang marah, ikan itu ibu yang siang kan dan menjadi lauk kami untuk berhari hari.

Gambar Hari Rabu #64 - Kampung Pantai, Kuala Besut

banjir 30 November - 2 Disember

Beberapa hari yang lalu daerah pokcik, Besut telah dilanda banjir. Ada beberapa kampung yang teruk dan ada juga tempat yang tidak dinaiki air. Berbeza dari beberapa siri banjir yang lalu, boleh dikatakan kampung pokcik tidaklah teruk walaupun dihulu daerah ini yang teruk dilanda. Beberapa kampung dihulu Besut seperti Kampung La, Kampung Keruak  dan kampung Bekok yang teruk dilanda banjir. Ada kes yang melibatkan beberapa kenderaan yang ingin ke hulu daerah telah terkandas dan tenggelami oleh paras air yang naik secara mendadak. Seperti kes lori pejabat daerah yang dalam operasi tenggelam sepenuhnya serta empat buah van yang yang membawa bantuan dari Kuala Lumpur terkandas dalam air dalam di Kampung Bekok. Walau apa pun alhamdulillah tiada kejadian yang meragut jiwa berlaku. Bagi sebahagian, ianya seperti pesta banjir dan sebahagian lagi mengalami banjir yang teruk menganggapnya sebagai musibah dn bencana yang melibatkan kehilangan harta. Pokcik kongsikan sedikit ga...

Acanthosoma labiduroides

Acanthosoma labiduroides atau dalam bahasa mudahnya kesing  dalam keluarga    Pentatomoidea  .. Yang ni kesing j antan..  Kesing ini lebih besar dari kesing yang berwarna kelabu. Banyak berkeliaran disekitar kebun sayur pokcik. Menghisap air dari batang pokok lada dan kangkung yang akhirnya pokok menjadi layu atau batang menjadi hangus  menyebabkan kematian pokok tanaman.

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019 , iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019 . Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog MiaLiana.com  dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI 5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019 . ** jom support Mia Liana....

Mentadak mentadu

Wah, lama benar pokcik tidak menjengah blog ini...blog kesayangan yang ditinggalkan. Mentadak mentadu, ditempat pokcik ni orang panggil sudu senor. Waktu dizaman kanak-kanak dulu pokcik sukalah menangkap serangga ni untuk dibuat permainan. Sekadar suka melihat gelagat dan gerakan serangga ni. Gerakan dua kakinya yang sungguh cantik...  dalam cerita-cerita kungfu cina pun ada gerakan mentadak ni. Dalam gambar ni... benda yang dipegang oleh mentadak itu adalah sayap kupu-kupu, badan kupu-kupu ini sudah habis dimakannya. Sayangnya waktu pokcik menemuinya peristiwa mentadak ni menangkap kupu-kupu telah berlaku. kalau tidak dapatlah pokcik rakam video dia menangkap mangsanya. Satu moment yang indah terlepas... 

Burung bangau kecil

Dua keping gambar ni pokcik rakam petang tadi sewaktu ronda ronda kawasan sawah bendang.  Bukan senang untuk menghampiri burung ini.. Lebih kurang 300 meter jaraknya dari burung ini. Menjadi liar dan agak culas akibat dari aktiviti berburu yang dilakukan di kawasan sawah terutama pada musim tengkujuh.  Kiranya tadi pokcik bernasib baik, bila motosikal dihentikan burung ini tidak terbang lari tetapi berada dalam keadaan berjaga jaga.  Alhamdulillah walaupun jauh gambar dapat dirakam tanpa getaran atau dengan getaran yang kecil.