Langkau ke kandungan utama

Catatan

Hari terakhir 2016

Pagi tadi, pokcik rancang nak ke sekolah kerana ada beberapa perkara yang terpaksa diselesaikan. Walapun hari ni cuti tapi benda tu kena selesaikan har ni juga fak boleh tangguh tangguh.  Tapi bila hampir sampai je kat sekolah, terpaksa patah balik.. bila tengok air mulai melimpah jalan. Apakan daya terpaksa tangguhkan jugalah benda tu. Pusing balik ke rumah. Bila sampai kat kampung Jerebun terpaksa perlahankan kereta, air dah melimpah jalan. Rasanya tak sampai pun 10 minit pokcik lalu kat sini tadi, masih ok.. sekarang dah melimpah keatas jalan kalau tunggu lama lagi tersangkutlah rasanya. Banjir dihari terakhir 2017

PENCARIAN BLOGLIST JANUARY 2017 by huhahuhajerr.com"

Segmen berakhir pada 30 December 2016. Jom join segmen ni. Klik banner atas.

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2017

Hanya tinggal beberapa hari lagi sesi persekolahan 2017 akan bermula. Terasa cepat benar masa berlalu kan. Hari ini, sekolah tempat pokcik bertugas mengadakan sesi pendaftaran bagi tahun persekolahan 2017. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Waktu pokcik turun memantau tadi, tidak ramai ibubapa dan penjaga yang datang. Kemungkinan hujan yang turun diawal pagi menyebabkan kurangnya sambutan. Saban tahun sekolah ini mengalami kekurangan murid. Waktu pokcik mulai bertugas disini pada pertengahan 2008, muridnya melebihi empat ratus orang. Sekarang ini murid sekitar seratus enam puluh itu tidak termasuk murid prasekolah.  Mungkin kekurangan ini berpunca dari generasi muda disini yang banyak berkerja diluar.  Sebelum ini mereka memberi hak penjagaan kepada ibubapa mereka. Apabila mereka sudah menetap dengan selesa dan mendapat pendapatan yang kukuh mereka akan datang mengambil balik anak-anak mereka ini untuk tinggal bersama mereka, yang mana sebelum ini dibawah ...

Segmen Pencarian Bloglist 2017 Blog Cik Zue

Tarikh tamat untuk segmen ni adalah 31 Disember 2016 jom cepat-cepat join..

Segmen Bloglist 2017 SheilaInspire Dot Com

Jom Join .. Klik banner Tarikh mula 20 Disember 2016 Tarikh akhir 27 Disember 2017

New Year Giveaway by MF

Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017. Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini, 14 Disember 2016 - 11 Januari 2017. KLIK BANNER UNTUK JOIN Hadiah: Grand Top Referral : RM100 Weekly Top Referral : RM20 (21hb, 28hb, 4hb) Planner x 2 winners Topup RM10 x 2 winners Pouch x 2 winners *hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Banjir??..

Jam lima pagi tadi terima sekeping gambar dari sahabat pokcik. Katanya kawasan depan rumahnya telah dibanjiri air.. Kalau lah depan rumahnya dah banjir tentulah jalan ke tempat kerja pokcik pun turut ditenggelami air. Jalan depan rumahnya tu lah jalan jalan utama pokcik ke sekolah tempat bertugas.  Biasanya tidaklah lama sangat dalam dua tiga jam surutlah ia. Jam 7.30 pagi tadi bila pokcik sampai sini, air yang melimpah jalan dah tiada yang tinggal hanya sampah sarap diatas jalan. Pernah satu kali dalam sejarah bertugas kat sini, di Felda Tenang Jerteh ni. Pokcik kandas kat sini Jam 10.00 malam baru boleh balik rumah. Hati-hatilah dimusim hujan ni, utamakan keselamatan diri.