Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bila berpeluang

Dah agak lama pokcik tidak berpeluang untuk ke kawasan baruh (sawah padi) bila senja menjelang. Tadi kesempatan yang datang pokcik gunakan sebaik mungkin.. dapatlah snap sekeping dua gambar untuk dijadikan koleksi pokcik...  Tidaklah secantik mana pun berbanding dengan pemandangan yang kalau dapat dilihat secara realiti.. sungguh indah ciptaanNYA.

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2016

Cepatnya masa berlalu. Tup tap tup tap dah nak masuk 2016. Bagaimana dengan persediaan anak-anak sekolah. Seragam sekolah dia orang. Alhamdulillah pokcik dah selesai bab tu. Yang tinggal sekarang bab yuran dan buku-buku sekolah dia orang sahaja lagi. Sekarang ni pokcik dah tinggal tiga yang bersekolah... Bongsu, perempuan sorang tu tahun depan dah tahun tiga yang keempat masuk tingkatan satu dan yang ke dua tingkatan lima. Jimat sikit perbelanjaan. Yang sulong dok POU Ipoh tu sekali-sekala minta belanja, yang kedua bercuti panjang sementara menunggu result SPM, sambil intai-intai kerja sementara. Pagi tadi sekolah pokcik dah mengadakan hari pendaftaran bagi sesi persekolahan bagi tahun 2016. Nampak meriah dengan riak wajah yang ceria dari ibu bapa.  Dapat jumpa rakan-rakan guru yang ada tu dah berminggu tak jumpa.  Siap mendaftar pelajar-pelajar. Sesi bermesyuarat pengurusan bagi tahun 2016 bermula.. selamat bertugas kembali

Dayana's Blog List Jan-Mar 2016

Klik banner untuk join

Selamat pagi

Kredit buat tuan gambar Selamat pagi sahabat. Selamat pagi bagi sahabat yang hari minggunya adalah jumaat dan sabtu dan selamat beristirehat bagi mereka yang cutinya sabtu dan ahad.

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru Faiz & Raja Nurul Nasuha. Pagi tadi pokcik ke majlis akad nikah anak buah pokcik... anak sepupu. Dengan sekali lafaz sahaja anak buah pokcik ni dah bergelar suami orang... Engkau jaga baik-baik bini engkau tu Faiz ye.. nasihat dari pokcik tadi Majlis yang diadakan pada jam 12.00 tengahari di Masjid Pekan Kuala Besut. Majlis persandingan akan diadakan pada sabtu ni 26 Disember di Kampung Dalam Rhu, Kelantan. Sebelah pihak lelaki pula pada 8 Januari 2016.

Hasil dari hobi #29 - Angsa ganas

Angsa ganas . Mulanya pokcik tertanya juga dari mana datangnya ayat angsa ganas ni, bila anak pokcik sering menyebut perkataan  tu.... nak kata angsa ni ganas tu taklah ganas sangat.. belum ada lagi yang kena cubit manja dengan angsa ni.. walaupun ada ugutan dari kumpulan angsa ni. Rupanya  angsa ganas   ni adalah  nama kumpulan dalam rancangan Super Spontan di Astro.. ntah musim yang ke berapa.. Tapi angsa pokcik tak ganas, siap boleh peluk dan gosok-gosok. Tapi itu untuk tuan dia kalau orang lain yang tak dikenalinya gerenti ada yang kena kejar..

Segmen Blogwalking + Bloglist

(klik banner kalau nak join sekali) Saguhati kepada yang bertuah: 10 blog bertuah dimasukkan ke dalam bloglist blog shawal mulai 1 - 31 January 2016. 2 blog bertuah direview (entry melekat selama 1 hari) seorang blogger bertuah dapat top up RM10 Tarikh Tamat : 29/12/2015 *Mungkin ada perubahan