Rabu, 30 Oktober 2024

Gambar Hari Rabu #85 - Pulut Kepal sambal ikan

Ini sarapan pagi pokcik untuk hari ini..  memadai rasanya untuk mengalas perut sehingga ke tengah hari nanti




Isnin, 21 Oktober 2024

Mencari Lemba

Lemba.. Orang kampong pokcik panggil pokok ni 'nyor lemboh'..  kat rumah pokcik ni nak mencari lemba ni tak perlu pergi jauh. Dibawah naungan pokok durian ditepi alor belakang rumah pokcik, banyak pokok ni. Jadi tak susahlah bagi pokcik mencari lemba ini.



Emak pokcik bagi tahu, pokok lemba ni amat baik untuk menurunkan gula dalam badan dan juga menurunkan tekanan darah tinggi.. katanya tok nenek kami dah amalkan semenjak dulu lagi.. Lemba juga baik untuk usus dan dapat meningkatkan tenaga bagi kaum lelaki


Pokcik tak perlu ambil banyak-banyak pokok ni, cukup satu pokok sehari memandangkan ianya tumbuh subur dibelakang rumah.


Satu pokok sehari. Selepas cabut pokok ni dibersihkan dan selepas itu dimasukkan kedalam periuk yang berisi air.. Didalam gambar dibawah.. pokcik panaskan air sehingga ianya tinggal segelas air lebih kurang.. sesuai diminum semasa airnya suam..



Jumaat, 18 Oktober 2024

Perkhemahan Unit kokurikulum

 Awal-awal pagi lagi pokcik bergegas ke tempat pekhemahan anak-anak sekolah.. ada tugas yang pokcik kena buat berdasarkan senarai tugas yang diberikan.. Jam lapan diadakan pertandingan membina istana pasir..

Pokcik nak kongsi beberapa keping gambar aktiviti dia orang.. betapa seronok mereka dengan aktiviti sebegini







pertandingan bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 10.00 pagi.. selepas minum rehat lebih kurang jam sebelas pula mereka menyertai pertandingan ikhtiar hidup...

pertandingan ini tidaklah sampai kena masuk hutan.. setiap kumpulan hanya diminta untuk menghidupkan api dan memasak.. mereka harus memasak gandum ..pokcik tanya tadi apa yang dia orang masak.. roti belit jawab mereka... iaitu gandum yang dibelit pada buluh dan dipanggang diatas bara api..






Malam ni, nampak gaya makan sedap.. tengok cikgu-cikgu sedang menyiang ikan dan ayam... katanya nak buat BBQ.. sedap ni..







Rabu, 16 Oktober 2024

Gambar Hari Rabu #84 - Pulut Kepal Gaul Nyiur

Sarapan pagi pokcik pagi ni ringkas jer.. nasi pulut, kelapa parut bersama seekor ikan selayang rebus yang digoreng dan seekor ikan kering goreng.. memang feveret pokcik ni..

Cukup untuk mengalas perut hingga ke tengah hari..



Selasa, 15 Oktober 2024

Jadilah.. janji tak nak perut kosong

Inilah makanan pokcik untuk malam ni.. ringkas.. janji tak nak biarkan perut kosong.. kalau dahulu pokcik suka makan nasi selepas maghrib sekarang ni pokcik dah kurangkan tabiat itu..  Waktu mula buat memang terasa sangat.. 

Bila sampai jam sebelas ke dua belas malam perut mula berbunyi, rasa lapar yang amat dan pedih perut.. Sekarang ini perut pokcik dah boleh membiasakan dengan tidak makan nasi atau makanan berat.. tapi malam ini, pokcik dihidangkan dengan menu ini..setongkol ayam goreng ala-ala kepci, sedikit kentang goreng, secarik daun salad dan sedikit sos cili.. 

Anak perempuan pokcik yang buat.. oklah janji alas perut






 

Isnin, 14 Oktober 2024

Wow... Dah 78.1k view

Wow.. tak sangka pokcik... maklumlah kita ni bukan vlogger bukan youtuber.. Tak ada niat nak cari duit dengan konten kat youtube.. Itu pun masukkan video kat youtube pun suka-suka jer.. Bila tengok satu video kat youtube yang pokcik upload pada 4 Julai 2020 dah cecah 78.1K itu dah rasa gembira sangat

Pokcik ni tak pandai apa pun pasal teknikal youtube.. buat  pun kerana suka-suka.. kebanyakan video pokcik berkaitan dengan hobi berkebun pokcik.. kalau nak tengok aktiviti berkebun pokcik bolehlah tengok kat youtube @pokciblogger7044   .. Bolehlah subscribe channel pokcik kalau berkenan..




Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Sekadar berkongsi beberapa keping gambar sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah tempat pokcik kerja sebagai tukang sapu... Simpan sini sebagai ingatan suatu hari nanti..













 

Jumaat, 11 Oktober 2024

Sup belut dan khasiatnya

Sup Belut... Maaf, pokcik tak boleh makan.. memang tak boleh makan.. Suatu ketika dulu pokcik dah terkena, itu pun dalam kuah laksa.. bila tau kuah laksa itu dibuat dengan belut.. lalu rasa lain macam ditekak.. rasa loya, pipi rasa macam kembang dan ada air liur menitik.. rasa loya yang amat kuat tapi tidak muntah.. Sumpah memang sedap kuah laksa dari belut ni..

Untuk menyiang dan memasak belut ni tidak menjadi masalah pada pokcik.. tak pula rasa gelinya.. untuk makan memang tekak pokcik tak boleh.

Beberapa tahun yang lalu, bini pokcik mengalami sakit radang sendi. Tidak dapat berjalan, kaki dan tangan jadi keras dan mengerekot.. untuk berjalan pokcik yang memapah.. mandi dan segalanya pokcik yang uruskan. Disamping kehospital untuk ubat dan antibiotik, atas nasihat seorang jiran yang arif tentang ubat cara tradisional. Beliau menyarankan pokcik menyediakan sup belut untuk bini pokcik.

Dengan cara diajarnya :-
- Belut dicampak hidup-hidup ke dalam air        
  panas  untuk sekejap waktu... pasttikan belut 
  tidak mati. (bunyi macam zalimkan) tapi nak  
  buat ubat..
- Belut yang masih hidup tadi dipotong  
  kepalanya dan menyiangnya seperti biasa 
  (potong-potong) badannya.

Belut ini, darah dan lendirnya amat banyak.. lendir dan darah ini yang sebenarnya menjadi ubatnya.. Bila kita campak dia hidup-hidup ke dalam air panas untuk sekejap waktu, lendir dan darahnya akan pergi kedalam dagingnya.. boleh lah isinya kita buat sup atau goreng..

Itulah yang diajar pada pokcik dan sesungguhnya ia berkesan serta mempercepat penyembuhan bini pokcik.. Ada juga rakan-rakan pokcik yang telan nentah-mentah hempedu belut




 

Khamis, 10 Oktober 2024

Masakan yang paling cepat masak

Masakan yang paling cepat pokcik masak tak lain tak bukan semestinya meggi. paling simple pokcik buat. Tumis bawang putih, bawang merah dan sedikit lada... walaupun meggi ni dah ada karinya tapi pokcik tetap suka tambah cili kampung untuk bagi rasa lebih pedas lagi..Sayur kekadang pokcik masukkan kangkung atau sedikt kubis serta sebiji telur



Meggi dalam gambar tu adalah cerita semalam.. bila pokcik terasa sangat nak makan meggi.. Benda ni bukan sentiasa pokcik makan dan tak sepatutnya menjadi makanan harian.. Dahulu waktu muda-muda dulu, bila pokcik hiking atau masuk hutan yang melibatkan dua tiga hari dan bermalam dihutan meggi adalah antara makanan yang wajib ada dalam beg pokcik.

 

Rabu, 9 Oktober 2024

Gambar Hari Rabu 83 - Teh O tanpa gula

Pagi tadi pergi kantin kat sekolah selepas  dua minggu dah tak masuk sana

Pekerja kantin "nak minum apa pagi ni"

pokcik "teh O tanpa gula"




Isnin, 7 Oktober 2024

Buat bubur jagung

Hari ni pokcik kutip beberapa biji jagung. Jagung yang masih terlalu muda... cukup sesuai untuk dijadikan bubur.. Pokcik minta isteri  buatkan, bukan pokcik tak pandai.. tapi pokcik tak nak buat takut nanti bukan bubur yang jadinya.

Sebekas penuh tadi pokcik bawa ke surau, lepas isyak tadi bukan main seronok anak-anak yang baru lepas mengaji quran memakannya.. ada yang hendak menambah tapi buburnya dah habis..

Alhamdulillah... rezeki dikongsi..


 

Sabtu, 5 Oktober 2024

Sesumpah

Subuh tadi hujan dan petir yang tidak sabung menyambung, dinginnya pun tidak mencengkam ke tulang sum-sum tapi cukup untuk membasahi tanah.

Biasanya dipagi minggu begini, dihari cuti berkerja aktiviti pokcik sudah tentunya berkebun sayur dan menanam jagung. Kepuasan melanda... keliling pokok- pokok jagung terlihat seekor sesumpah sedang bertenggek diatas ranting anakan pokok.

Pokcik bisik pada sumpah tadi "kamu jangan kemana-mana, nanti aku datang balik" . Pokcik naik keatas rumah dan ambil kamera. Olympus saja yang terambil tadi..

Terus pokcik snap beberapa kali dari pelbagai sudut. Bila dah tiada orang yang nak jadi model, sesumpah pun jadi lah


Orang kampung pokcik dan sekitarnya panggil binatang ni 'pok kor'.... pokcik tak tau  dari mana asal panggilan ni bermula dan kena 'pok kor'


'Pok kor' tentulah jantankan.. dan 'mok kor' tentulah betina..😁🤭.. tapi untuk benda ni, jantan dan betina tetap orang panggil 'pok kor'


Sebegitu juga dengan panggilan pak katak ditempat pokcik.. lain tempat lain sebutan dan makna penggunaan kata..

*hanya sekadar penulisan dan pandangan dan pendapat pokcik saja.


 

Khamis, 3 Oktober 2024

Sarapan pagi pokcik


Dua jenis makanan dalam gambar diatas , itulah sarapan untuk pokcik pagi ni. Cukuplah rasanya untuk membekal tenaga hingga ke petang nanti. Pokcik membiasakan sarapan pagi seawal jam lapan pagi dan tidak lebih dari jam sembilan pagi. 

Selepas dari waktu itu akan ada rasa sedikit tidak keselesaan pada perut dan badan pokcik. Maklumlah pokcik ni ada gerd.

Keputusan dari temujanji kelmarin dengan doktor
Blood Pressure 121/79
Kadar gula dalam darah 10.8  
Doktor kata gula dalam darah pokcik tinggi sikit.  Pokcik kata baru lepas makan tak sampai sejam dari ambil darah ni.. lagi pun pokcik makan banyak sampai menambah nasinya. Doktor kata patut pun kalau makan sikit mungkin tak naik sampai macam tu.. 

Doktor minta pokcik kontrol gula lepas ni makan nasi jangan banyak sangat.. jangan makan lewat malam, banyak juga yang doktor menerangkan pada pokcik.. siap dilukis dengan gambarajah dan lakaran. Pokcik tadah telinga jer..

 

Selasa, 1 Oktober 2024

USB 2.0 cable for Nikon

Petang tadi, USB Cable untuk kamera Nikon D200 yang pokcik beli dalam web Shopee selamat sampai ke tangan. Alhamdulillah, bolehlah pokcik transfer gambar-gambar yang ada dalam Nikon D200 pokcik yang sekian lama terperap dalam  drybox

Sekian lama pokcik mengabaikan Nikon D200 yang pokcik beli sebelas tahun yang lalu.. sangkaannya kamera ini telah rosak silap sebenarnya. Selepas membeli beberapa buah kamera lain antaranya Nikon D90, Sony A6400 dan olympus boleh dikatakan pokcik tak oernah sentuh lagi kamera D200.


Selepas di transfer apa yang ada dalam flashcard, terdapat seratus tujuh puluh dua gambar yang tersimpan. Gambar Peristiwa lima tahun lalu.. iaitu peristiwa Majlis Khatam Al-quran di sekolah pokcik dahulu sebelum berpindah ke sekolah lain. 

Menariknya kebanyakkan guru-guru yang ada dalam gambar tersebut pun telah berpindah sekolah.

Gambar diatas Penolong Kanan Pentadbiran sedang bercakap dengan Penolong Kanan Ko-kurikulum dan digambar dibawah pula Allahyarham Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pelajar diiringi Penolong Kanan HEM yang juga telah berpindah ke sekolah lain.

Memori kad yang menyimpan memori.. sungguh nostalgia.. Al-fatihah untuk arwah boss pokcik dulu..