Ahad, 29 September 2024
LEKATO mini Guitar Amp 5w
Khamis, 26 September 2024
Panjat Pokok Dokong
Proses menurunkannya perlukan bakul dan tali supaya buahnya tidak jatuh terburai dari tangkainya. Alhamdulillah kerja-kerja memanjat pokok dokong selesai dengan jayanya.
Rabu, 25 September 2024
Gambar hari Rabu #81- Uraria crinita (Asian Foxtail) .
Selasa, 24 September 2024
Mengembur dan membaja
Selasa, 17 September 2024
Pokcik dapat menantu
Pada tarikh 14 September yang lalu anak lelaki ketiga pokcik selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Alhamdulillah majlis disebelah pihak perempuan berjalan dengan lancar. pada 15 September sebelah pihak perempuan pula datang bertandang ke rumah pokcik.
Majlis sebenarnya disebelah pihak pokcik akan dibuat tidak lama nanti. Tetapi memandangkan adik beradik sebelah perempuan tidak mempunyai cuti yang panjang dan ingin bertandang dan mengenali rumah kami maka terpaksalah kami sekeluarga menyambut juag dengan sedikit hidangan
Ini merupakan menantu pertama pokcik dari anak lelaki ketiga dan selepas ini dibulan April 2025 akan menyusul pula menantu kedua dari anak lelaki kedua dan selepas itu dari anak lelaki sulung.
Pokcik letak sekeping dua gambar disini untuk tatapan dikemudian hari..
Rabu, 11 September 2024
Selasa, 10 September 2024
Kempen Amalan Pemakanan Sihat
Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan bersama chef Anuar Deraman dalam Majlis Peluncuran Kempen Amalan Pemakanan Sihat peringkat sekolah pokcik.
Chef Anuar dijemput bagi menyampaikan taklimat berkaitan amalan pemakanan sihat dan juga demonstrasi masakan.
Jom tengok gambar yang sempat pokcik snap tadi..
Isnin, 9 September 2024
Lagi-Lagi Koleksi Gambar Pepatung
Dikawasan sawah padi atau kawasan pertanian kehadiran pepatung sangat berguna dalam sektor pertanian. Ini kerana pepatung akan memakan serangga perosak kecil seperti hamama, belalang kecil, semut kecil, nyamuk dan banyak jenis serangga kecil lainnya.
Sesungguhnya walaupun ternampak kecil ianya sangat memberi faedah secara organik kepada pekebun atau petani. Ia menyeimbangkan populasi antara kedua-dua serangga dalam ekosistem. Bila cuacapanas biasanya pepatung atau 'dragonfly' ini akan bertambah populasi
Khamis, 5 September 2024
Round Sawah Padi
Masuk ke hari ini dah tiga petang hujan dikampung pokcik. Aktiviti berkebun sayur pokcik hentikan dahulu buat sementara waktu.
Tiada aktiviti untuk dilakukan setelah reda hujan, pokcik ambil keputusan untuk pusing ke sawah bendang..... dah agak lama tak kesana... melihat aktiviti utama penduduk kampung.
Selang dua lot dibelakang rumah pokcik pula telah dijadikan stesen ECRL bagi bandar Jerteh. Ramai kawan-kawan pokcik dan saudara mara yang terlibat dengan pengambil alihan tanah telah berpindah..
Alhamdulillah tanah rumah yang pokcik duduk sekarang ini tidak terlibat.. Sayang kalau kena.. tempat dilahirkan, dibesarkan dan membesarkan anak-anak.. penuh dengan nostalgic tiba-tiba terpaksa berpindah.. walaupun diberi pampasan
Rabu, 4 September 2024
Selasa, 3 September 2024
Memang Perlukan Kesabaran
Semalam pokcik cuti, badan rasa macam lain.. tubuh perlukan rehat rasanya. tiada apa yang pokcik nak buat, pokcik ambil kamera terus ke kawasan semak berumput panjang belakang rumah.. Tujuannya satu, dah lama tak ambil gambar serangga dan haiwan kecil sekitar belakang rumah.