Rabu, 18 Oktober 2023
Sabtu, 14 Oktober 2023
Majlis Perarakan Maulidur Rasul
Majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pokcik telah dilangsungkan pada 11 Oktober yang lalu.. Kali ini pokcik hanya sekadar berkongsi sedikit gambar gambar peristiwa lerarakan tersebut
Jumaat, 6 Oktober 2023
Mengejar Kupu-kupu
Hari ini hari jumaat, hari minggu disini (Pantai Timur). Selepas sarapan pokcik tak tahu nak buat apa. Pokcik jenis bukan boleh duduk sahaja. Hendak menyangkul, semalam hujan tanah basah, pasti melekat dicangkul tanahnya.
Khamis, 5 Oktober 2023
Bulan diawal pagi
Sungguh cantik. Rasanya hari ini cuaca terang tiada berhujan sehinggalah kepetang
Rabu, 4 Oktober 2023
Tetamu awal pagi seekor memerang
Seawal pagi ini, halaman rumah pokcik dikunjungi tetamu seekor memerang yang datang meminta makanan. Seekor memerang muda yang kemungkinan terpisah dari kawanan dan kelaparan. Sekeping roti diberi cukup selera dimakannya.
Perkara ini bukanlah luarbiasa kerana hadapan dan belakang rumah pokcik ada alor dan sedikit semak samun yang berkemungkinan menjadi habitat memerang ini.
Pokcik kerap kali melihat kawanan memerang yang lebih dari sepuluh ekor sedang bermain di dalam alor belakang rumah pokcik tetapi gak liar untuk didekati tetapi yang ini sedikit jinak dan menyahut bila dipanggil tetapi sukar untuk dipegang, jarak paling dekat dihampiri lebih kurang sekaki.