Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Segmen: Bloglist kisahsidairy.com June 2017

Assalamualaikum Segmen : Bloglist Kisahsidairy.com June 2017 Tarikh Tamat Penyertaan 10 June 2017 Jom pakat Join

Puasa bukan halangan

Balik dari kerja petang tadi, seperti biasa pokcik kebelakang rumah. Menyiapkan empat batas untuk ditanam dengan kangkung.. ikut pusingan 20 hari boleh tuai.. Dalam kiraan pokcik 21 @ 22 ramadhan nanti dapat dituai. Penat tu adalah sikit sebab mentari masih lagi gagah memancar cahayanya walau pun segalah diubun kepala.. 20 hari yang lalu dibatas yang lain..empat batas pokcik tanam kangkung.. selepas dituai dapat 14kg.. dengan harga RM3 ditolak kepada pemborong pokcik dapat RM42.. jimat belanja dapur pokcik.. Siap kerja kerja menanam ke rumah. Sampai je kat dapur bini pokcik minta pokcik kerjakan ikan talapia untuk dibuat percik..Berbuka dengan talapia percik pokcik tadi..

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz . Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!! Syarat-syarat 1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye. 2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau. Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini) SELAMAT BERSEGMEN

Selesai sudah sesi pendaftaran anak..

Selesai sudah sesi pendaftaran anak ketiga pokcik ddi USIM Nilai, Negeri Sembilan. Anak jantan pokcik ni dapat Tamhidi Sains dan Teknologi.  Sesi pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Dalam dok menunggu anak jantan pokcik mendaftarkan dirinya, pokcik kepingin sangatlah nak mengabadikan diri dengan mercu tanda USIM ni bila tengok mereka yang lain seronok bergambar.   Jam 9.00 pagi anak selesai mendaftarkan diri.  Bertolak pula ke tempat kediamannya, yang mana rasanya selama setahun mereka akan menginap disini.. Selesai urusan disini, jam 11.00 pagi. Tinggalkan anak yang dah biasa berdikari. Bertolak balik ke rumah pokcik dari Nilai dengan hanya satu kali berhenti rehat. Itu pun di R & R Gua musang utk makan.  Sampai dirumah, pokcik ditegur oleh emak.. bayangkanlah pokcik bertolak jam 6.00 petang pada 24 mei dan terpacak kat rumah jam 6.30 petang 25 mei.. 24 jam setengah.. "kerja gila ni kata adik pokcik. "Dah tido empat jam" kata pokcik.. memang betu...

Segmen Pencarian Bloglist by ombak Bergigi

Segmen ini akan bermula pada 18 May 2017 (Khamis) sehingga 25 May 2017 (Khamis). Klik banner untuk join

Santai tupperware katanya

Yang tinggal dikawasan yang berdekatan bolehlah datang ya ..

Gambar Hari Rabu #28 - Belalang besar

Belalang besar ni sempat pokcik rakam datang bertenggek pada batang pokok bendi ditepi pagar kebun sayur. Belalang ni tiada sayap hanya mempunyai kaki yang panjang sahaja. Rasa pokciklah, kemungkinan belalang ni baru bersalin kulit atau sebagainya.. pokcik pun tak tau lah pasal hal ni (bukan kepakaran pokcik).  Belalang ni antara serangga yang datang memakan tanaman pokcik tapi bukan pemusnah, sebabnya dalam jumlah yang sedikit. Kalau banyak rasanya memang dah musnah tanaman pokcik ni.. Hanya gambar murai, merbah dan ketitir yang pokcik tak dapat rakam kerana. Katakan nak rakam nak masuk dekat pun jauh sekali. Kalau dulu pokcik dapatlah juga zoom dengan lens 300mm. Tapi sekarang lens tu dah rosak. Kesian den..

Hari Kantin

Besok, hari kantin kat sekolah pokcik. Semua guru telah bersedia untuk menjadi jurujual dengan masing-masing dah ada perancangan apa yang nak jual. Ada rakan guru yang nak buka khidmat basuh kereta, ada yang nak jual mee celup dan macam-macam lagi. Pokcik pula dah tempat satu gerai..emm.. cadangnya nak jual wafer.  Penuh bersemangat ni menantikan hari esok.. Kupon-kupon pun dah mulai dijual. Hasil dari  jualan itu akan diberikan kepada tabung PIBG sekolah... Harapan pokcik semoga Hari Kantin yang julug diadakan ini mendapat sambutan dari komuniti setempat. 

Aktiviti hari guru 2017

Hari guru 2017 disamut secara sederhana di sekolah pokcik. Tiada acara padang seperti tahun-tahun yang sudah. Sambutan secara sederhana diadakan didalam dewan bermula dengan ucapan-ucapan yang disampaikan oleh guru, wakil pelajar dan YDP PIBG. Selepas itu pula diadakan acara kesenian yang disampaikan oleh guru dan pelajar. Tak sempat pula pokcik nak rakam gambar bagi acara ini kerana waktu tersebut ada ibubapa yang datang untuk meminta surat rawatan bagi anaknya yang kemalangan motor dan mengalami patah tangan. Jadi.. pokcik nak belanja sekeping dua gambar yang sempat pokcik rakam tadi.. SELAMAT HARI GURU BUAT RAKAN GURU DAN GURU-GURU SELURUH MALAYSIA acara  

Giveaway Time by Aishah Badrulhisham

Jom Join ...  klik banner

Segmen: Bloglist 1st Time by Lokman Hakim

 Segmen ini akan berlangsung selama  15   hari bermula 11 hingga 20  Mei 2017.  Tunggu apa lagi, jom join ramai-ramai.  klik banner

Belalang penyamar

Salah satu masalah pada tanaman sayuran pokcik ialah serangga terutamanya belalang. Memandangkan pokcik tidak menggunakan racun serangga jadi belalang ini agak banyak tapi masih lagi terkawal. Terkawal kerana belalang ini menjadi makanan kepada burung-burung kecil yang datang bertandang bila pokcik tiada didalam kebun.  Pokcik pernah memerhatikan dari jauh bila burung murai, merbah dan ketitir yang datang bermain dan mencari makan diantara batas-batas tanaman terutamanya diwaktu tengahhari. Pendekakata burung-burung ini membantu pokcik dikebun.

Hasil dari hobi #35 - Aktiviti berkebun cuti hari wesak

Hari cuti sentiasa dinanti oleh pokcik. Bukan sebabnya hendak pergi melancong makan angin atau seangkatan dengannya. Anak-anak pun dah besar, dia orang dengan aktiviti memasing. Yang ada bersama pun anak bongsu perempuan pokcik dan yang keempat baru berusia empat belas tahun Langkah belum panjang kata orang..  Isteri pula dibandar menguruskan kedai kecil kami. Pokcik yang kat rumah ni dengan aktiviti berkebun pokcik... cadangnya hari ini nak tanam benih kangkung empat batas (gambar dibawah tu) sementara lima batas dibelakang sana tunggu waktu untuk tuai bila cukup 20 hari, kalau tak silap pokcik pada 17 mei ni.. Sistem ni pokcik guna supaya sentiasa ada bekalan kangkung untuk dipasarkan..barulah belanja dapur pokcik sentiasa ada.. Hari tu pokcik hantar kat pemborong 10kg, duit tu belum lagi pokcik ambil dari pemborong yang merupakan kawan pokcik. Entah berapalah dapatnya. Cara ni sahabat pokcik tersebut yang ajarnya. Dia nasihatkan pokcik supaya ...

Segmen Mencari Bloglist By Kinah

Kinah mencari bloglist.. jom-jom join macam biasa tekan banner atas ..

Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani

Giveaway Pikachu Luggage Tag by KasihkuAmani Klik banner untuk join.. "Anda suka tak kalau Sha buat Giveaway dan bagi hadiah buku? Kenapa?" Yang ni memang pokcik suka sangatlah.. kalau pokcik yang bertuah tu bagi kat pokcik novel Anding Ayangan.. novel terbaru Ramlee Awang Murshid . Pokcik nak lengkapkan koleksi novel dia.. Hari tu dah tengok kat kedai buku SMO tapi kebetulan pula duit dalam poket masa tu tak cukup... adalah cukup-cukup untuk isi minyak motor... bila datang semula kat kedai tu... buku tu dah habis... kempunan pokcik.. kesiankan.. hii..hiii.

Catatan popular sepanjang masa

Sudah beberapa hari blog pokcik ni tiada sebarang entri... bukan kerana sibuk tetapi disebabkan tiada peristiwa yang menarik untuk dikongsikan.. Almaklumlah pokcik ni orang tua, tinggal pula dikampung dan bila balik kerja sebelah petang pula dok kat kebun sayur... takkan tiap-tiap hari dok cerita pasal kangkung, bayam dan sawi... boring pula orang nak baca. Jadi cerita, pokcik dok godek-godek blog pokcik selepas selesai blogwalking ke blog sahabat-sahabat yang ada dalam bloglist tanpa meninggalkan komen dientri mereka. Tengok catatan popular sepanjang masa diblog pokcik yang tak popular ni..  Tak kisahlah tak popular pun janji pokcik selesa... selesa dengan cara menulis pokcik yang macam ni.. Cara kita berbezakan.. kalau sama itu copypaste betulkan?.

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini

Giveaway (1) oleh Mieza Suhaini Sumber Gambar

Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire

Jom join segmen ni..

Gambar Hari Rabu #27 - Majlis Khatam Al-Quran

Ahad lepas telah berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran.. Pokcik tak nak cerita banyak-banyak biar gambar yang berbicara..