Sungguh lama pokcik tidak mencatatkan apa-apa cerita di blog kesayangan pokcik ini.Sebabnya pokcik ingin menyendiri, bebas dari segala gangguan dan hubungan di dunia internet buat untuk sementara waktu.
Selesai kerja, sangkar ikan inilah tempat pokcik menyendiri... memancinglah aktiviti utama selain dari aktiviti memberi makan ikan.
Cukup seronok memerhatikan keindahan setiap penjuru tasik dengan sinar kemilau mentari senja membias cahaya dipermukaan tasik. Sunyi, sepi dan damai.
Pondok kecil dengan ruang yang sempit inilah tempat berehat melunjurkan kaki, merebahkan badan, menyejukkan diri dari bahang kepanasan sang mentari.
Sebenarnya semuanya tidak dapat bertahan lama, dunia internet tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Facebook dan whatsapp tidak boleh dilupakan. Telefon pintar amat penting walau dimana berada.