Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Bloglist bulan Julai

Kredit Gambar Untuk bloglist bulan julai ini... tiada segmen yang dianjurkan... pengomen-pengomen blog ini pada bulan jun insyaAllah berpeluang menjadi bloglist bagi bulan julai

Dicalon dan menang

Ahad 22 Jun 2014, berlangsungnya meyuarat Agong KEPTAN Cawangan Besut... mesyuarat diadakan di SMK Tengku Mahmud di hadiri oleh Pembantu Tadbir dan Ketua Pembantu Tadbir daerah Besut.... Yang Dipertua KEPTAN Semenanjung En. Aminuddin bin Hj.Chik hadir sama Kali ini pemilihan Jawatankuasa bagi sesi 2014/2014. Nama aku dicalonkan sebagai AJK dan alhamdulillah menang dengan undian tinggi Rakan-rakan sejawatan dari dari  seluruh daerah Besut

Bila kawasan rumah dilanda ribut

Petang Ahad yang lepas (22 Jun 2014) sebahagian kampung di daerah Besut telah dilanda ribut... Termasuklah juga area rumah aku.... bayangkan betapa kecut perutnya bila mendengar guruh dan petir serta bunyi dahan-dahan pokok dihempas dan pulas oleh  ribut yang melanda.. Gambar atas tu .... dapat dilihat awan membentuk diarak oleh angin... kata orang kepala ribut. kalau dilihat memang terasa gerun,.. terasa betapa kerdilnya diri ini berhadapan dengan kuasa alam. Pokok yang tumbang dibelakang rumah emak sedara dan bawah tu pula sebatang dahan durian yang menghempas bumbung rumah emak.. nasib baiklah hanya hanya sebahagian kecil yang menghempap... kalaulah sebatang... tak dapatlah nak dibayangkan bagaimana keadaan rumah emak. Gambar bawah ialah jalan menuju ke madrasah dan beberapa buah rumah penduduk kampung... lihat keadaan buah durian yang masih belum lagi masak..yang berguguran. Biasalah kalau pokok tumbang dan menutup jalan.. operasi membersihkan ...

Giveaway Cash RM150 MrJocko

KLIK BANNER Hadiah :  Wang Tunai RM50 x 3 Pemenang Pemenang akan di pilih oleh Team  Blooggers  dan akan diumumkan di Blog MrJocko.com dan Booggers.com pada 23 Jun 2014 jam 12.00 pm Hadiah akan di masukkan ke dalam akaun Bank pemenang. Kalau dapat RM50 ni dah dapat top up 5GB internet untuk bulan ni bagi pengguna celcom..

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu

Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu.. Assalammualaikum.. Hari ni nak buat Segmen, so harap korang semua sudi join segmen simple ni hehehe. Syarat2 1) Harap Korang boleh Follow Blog ini .. 2) Buat entry dan letakkan tajuk Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu. 3) Like My Fanpage Facebook Jika Sudi.. 4) Tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ini. 5) Segmen ini bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 15 Jun 2014.

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER

Jom sertai pencarian 50 bloglist... klik banner

Segmen Saya Mahu Doodle Dayang Deno

klik banner untuk penyertaan **Perhatian 30 Pemenang  dicari Setiap pemenang akan mendapat sepasang doodle *seperti yang terdapat pada gambar Cara pemilihan pemenang melalui Random.org  Tamat : 11.59malam @15 Jun 2014

Susahnya nak parking

Di HUSM Kubang kerian semalam, akibat lewat sampai... waktu tu dah pukul sembilan pagi.... selepas beberapa kali keliling dan tidak menjumpai ruang kosong untuk parking aku ambil keputusan untuk keluar dan menggunakan khidmat joki... Sebaik tiba dikaunter bayaran dan menghulur kad parking pada operator bertugas. "Enam puluh sen encik" seorang lelaki bertugas memberitahu. "Parking pun belum dah kena bayar" aku agak terkejut "Masuk je dah kena bayar encik" Seingat aku kali terakhir aku kesini kalau belum parking iaitu dalam jarak berselang beberapa minit masih belum dikenakan bayaran. Takpe lah aku bayar saja. Aku terus memandu ke tempat joki dan selepas menyerahkan kunci dan mengambil resit aku terus ke Klinik KPP untuk sesi temujanji seterusnya dengan doktor.

Keputusan pemeriksaan kesihatan hari ini

Hari ini aku ke HUSM Kubang Kerian Kelantan, temujanji dengan doktor..... apa yang penting hari ini aku nak tengok result darah yang diambil pada minggu lepas sama ada menurun atau makin meningkat. Alhamdulillah keputusan kali ini mengembirakan aku kerana boleh dikatakan semuanya normal, hanya kolesterol masih lagi diparas tinggi walaupun sedikit menurun. Keputusan kolesterol kali ini.. HDL-Chol                         1.01                     mmol/L LDL-Chol                          2.15                     mmol/L TG      ...

Segmen Happy Blogwalking Together-gether By Miss Fatn

  Jom meriahkan... klik banner 

gambar hari rabu#13

GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com

Yang ni boleh join ni... Jom pakat join ramai-ramai..klik banner tu

Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium bulan Mei 2014

Pagi-pagi lagi aku Web BSN... nak tengok sama ada SSP aku bertuah ke tidak pada bulan ini... Alahai nasib badan tidak bertuah lagi aku bulan ni...  Tahniah kepada pemenang-pemenang cabutan SSP bagi bulan Mei 2014. bagi anda yang ingin mnyemak bolehlah  ke laman web BSN di SINI .

Ziarah kakak di hospital

  Tengahhari tadi aku ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan kerana menziarahi kakak. Semalam lagi aku terima berita kakak aku dimasukkan ke wad kerana asma tetapi waktu itu sudah lewat benar dan waktu melawat sudah habis.... kalau pergi pun sudah tentu tidak dibenarkan masuk. Alhamdulillah kami sampai sana tadi kakak pun dah nampak sihat... dah boleh bersembang dengan kami semua... kami doakan semoga kakak cepat sembuh dah kembali seperti sediakala...

GIVEAWAY :Seronoknya Raya bersama Sotong

Nak Join Tekan banner Iklan 1 Iklan 2 Iklan 3 HADIAH-HADIAHNYA IALAH TABUNG SOTONG (3 PEMENANG) SOTONG PLUSHIES (4 PEMENANG) SAMPUL DUIT RAYA (20 PEMENANG - SETIAP PEMENANG AKAN DAPAT 2 PEK SAMPUL RAYA YANG MENGANDUNGI 10 KEPING SAMPUL RAYA) GIVEAWAY BERMULA DARI 25/5/2014 HINGGA 25/6/2014 Semak penyertaan sehingga 30/6/2014 Umum Pemenang 1/7/2014