Pokcik ada tanam sikit pokok tebu.Tak banyak dalam dua puluh lubang.. untuk mendapat hasil tu rasanya lambat lagi. Itu pun ditanam dicelah-celah pokok pisang. Tujuannya sebenar adalah untuk mendapatkan benih, kalau beli terus dari pembekal benih ni mahal juga. Lebih baik kita buat sendiri benihnya. Selain dari tebu, ubikayu menjadi pilihan pokcik untuk ditanam kali ini.. tak banyak tak apa nanti dapat merasa hasil tanaman sendiri. Biasanya bila masuk musim tengkujuh ubikayu ni cukup laku dikawasan pokcik.. bini pokcik salah seorang yang menjadi pembeli bila masuk musim ni... Jadi kali ini pokcik tanam sendiri .. biar bini pokcik cabut sendiri bila dia nak makan. jangkaan dapat dituai adalah diawal Januari 2025. hari tu pokcik tanam dalam tiga ratus keratan batang.. kalau jadi semuanya dapatlah jual sikit. Jagung didalam gambar atas dan bawah baru sahaja dipungut hasilnya. Agak sedikit mengecewakan pada tanaman jagung kali ini. rasanya pemilihan benih yamg tidak tepat menjadi punca...