Ahad, 17 November 2024

Tebu, Ubi Kayu dan jagung

Pokcik ada tanam sikit pokok tebu.Tak banyak dalam dua puluh lubang.. untuk mendapat hasil tu rasanya lambat lagi. Itu pun ditanam dicelah-celah pokok pisang. Tujuannya sebenar adalah untuk mendapatkan benih, kalau beli terus dari pembekal benih ni mahal juga. Lebih baik kita buat sendiri benihnya.


Selain dari tebu, ubikayu menjadi pilihan pokcik untuk ditanam kali ini.. tak banyak tak apa nanti dapat merasa hasil tanaman sendiri. Biasanya bila masuk musim tengkujuh ubikayu ni cukup laku dikawasan pokcik.. bini pokcik salah seorang yang menjadi pembeli bila masuk musim ni... 


Jadi kali ini pokcik tanam sendiri .. biar bini pokcik cabut sendiri bila dia nak makan. jangkaan dapat dituai adalah diawal Januari 2025. hari tu pokcik tanam dalam tiga ratus keratan batang.. kalau jadi semuanya dapatlah jual sikit.


Jagung didalam gambar atas dan bawah baru sahaja dipungut hasilnya. Agak sedikit mengecewakan pada tanaman jagung kali ini. rasanya pemilihan benih yamg tidak tepat menjadi puncanya. Pokcik cuba bereksperiment dengan benih yang murah dengan kulaiti benih yang kurang baik.


Gambar dibawah ini pula, sedang galak berbunga rasanya dalam bulan Disember ni boleh lah merasa hasilnya.. Masih lagi dengan benih murah


Sementara gambar bawah ini adalah jagung untuk "jeriat jagung/ tiok jagung" atau dengan bahasa mudahnya babycorn.. pangilan berbeza mengikut kawasan dan negeri.. Tak banyak yang ditanam lebih kurang dua ratus lubang. Buat rasa-rasa orang kata..



Rabu, 13 November 2024

Gambar Hari Rabu #87 - makan nasi goreng

Menu pokcik untuk makan tengah hari dihari rabu ini.. Nasi goreng, sup perut, sambal belacan dan telur dadar.. masih kurang satu.. daging goreng merah tak sampai-sampai ke sudah.

Hari ini masih lagi giliran sahabat pokcik yang seluk poket keluar dompet.. Besok barulah giliran pokcik pula yang kena seluk poket keluar dompet... rasa macam nak pergi ambil MC kat klinik..



Isnin, 11 November 2024

Makan Tengah hari - Mee celup

Menu pokcik tengah hari ini, bila rakan-rakan ajak keluar makan tadi.. malas nak fikir panjang tadi bila pelayan kedai tanya nak makan apa.. terpacul saja ayat 'mee celup' yang keluar dari bibir. Lepas tu bila tengok rakan-rakan makn nasi sedap-sedap terfikir pula 'menyesal aku, kenapa order mee celup tengahhari buta ni' 

'Apalah yang mulut ni cepat sangat keluar perkataan tu'... Betul lah kata orang terlajak mulut.. dah tak boleh nak undur dah.. lidah yang merasa, perut pula yang menanggung. Semangkuk mee celup tadi pokcik hadap bersama air batu kosong. 

Tengok rakan sebelah dah hadap nasi sup, telur dadar, daging goreng merah berserta sambal belacang.. fuuh merecik.. jaga kau orang besok pokcik balas .. tadi kau orang juga yang kata nak makan mee celup.. Nasib baik hari ini bukan giliran pokcik yang selok poket ambil dompet..



Rabu, 6 November 2024

Gambar Hari Rabu #86 - Ketupat 3 Bucu

Sedap juga rasanya... pagi-pagi lagi pokcik bersarapan dengan ketupat tiga bucu bersama dengan rendang ayam..  tiga biji pokcik habiskan sorang-sorang... bila yang last tu masing-masing tengok jer.. tiada siapa yang nak ambil.. sopan kononnya..

Alpa mata dia orang pokcik bedal ...




Selasa, 5 November 2024

Pencuri Telur

Seminggu dua ni telur ayam pokcik banyak yang telah hilang dan ada ketikanya kulit telur bersepah disekitar reban ayam. Hasil dari pemerhatian sehari dua pokcik kerap terserempak dengan seekor biawak. 

Kejadian kehilangan telur ini tidak lain tidak bukan mesti kerja buat biawak yang seekor ni. Boleh tahan besarnya.. hari tu dah kejatr tak dapat.. kali ni melintas mari je pokcik nak lastik kat atas kepala.. dengan saiznya yang boleh tahan besar pokcik gerenti tak mati tapi cukup sebagai amaran pada dia.. 


 

Ahad, 3 November 2024

Fun Ride

Hari ni baru ada kesempatan untuk berkongsi beberapa keping gambar di program Jembee Hulu Besut 2024 Fun Ride.  Pada program kali ini.. budak budak belia ni jemput pokcik sebagai fotografer.. tiada bayaran pun yang pokcik kenakan.. pokcik pun dah lama tak join program seperti ini.. tumpang seronok la kita..

Sebenarnya Fun Ride atau istilah gatih basikal secara santai ini adalah pengisian pada program Kampung Angkat Madani..

Pokcik berkongsilah beberapa keping gambar berkaitan dengan program fun ride sahaja.. lain kejadian kemeriahan pada majlis besar tersebut pokcik tak berminat untuk snap gambar..  hanya beberapa keping gambar dari 600 lebih gambar yang dirakamkan..