Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Bila anak dikejauhan kemalangan

Bila anak dikejauhan kemalangan ianya amat merungsingkan hati. Petang semalam pokcik terima wasap dari anak pokcik yang sedang belajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh Perak. Empat keping gambar yang diterima amat memeranjatkan pokcik dan membuat pokcik tidak tenteram hai dan perasaan, lebih-lebih lagi emaknya. Maklumlah hati perempuan kan. Yang merisaukan bagaimana tahap cedera yang dialaminya, patah ke apa ke itu cukup merisaukan, maklumlah tiada didepan mata. Lagipun anak sulong pokcik ni pernah mengalami kemalangan empat tahun yang lalu dan patah tulang bahu. Bila pokcik tanya apa tahap kecederaan yang dialaminya katanya tak usahlah risau dia cedera ringan, hanya lutut, siku dan tapak tangan sahaja yang luka. Bila pokcik cadang nak datang sana tak dibenarkannya. Katanya dia dah ok, baik-baik saja.... hai anak-anak, ibubapa mana yang tak risau. Katanya... hendak mengelak seekor anjing yang melintas jalan lalu terbabas dan terlanggar tiang. Tiang apa t...

Jawaban bagi pertanyaan...

Pada Bulan Mac 2013, pokcik ada buat satu entri blog berkaitan dengan pokok terung kemal.  Bagi menjawab pertanyaan dari saudari Nor Azlina yang mungkin berminat dengan tumbuhan ini bagi merawat resdung. Untuk makluman, terung kemal ini hanya satu pohon. Akibat banjir pada tahun 2014, pokok ini hampir mati. Oleh itu pokcik meminta maaf dari beliau kerana tidak dapat memenuhi permintaan beliau buat masa ini. Setakat ini Belum kembali berbuah. Selain dari akar pokok ini dapat ditanam dengan semaian biji.  Setakat ini pokcik sedang berusaha untuk memperbanyakkan tumbuhan ini di sekeliling rumah pokcik sebagai menambah satu lagi koleksi tumbuhan herba.  

Blog Pilihan Bulan Ogos

Pokcik dah berkenan menyenaraikan 20 blog dibawah untuk dimasukkan ke dalam bloglist bulan Ogos. Tiada segmen yang pokcik anjurkan. Semuanya atas rasa berkenan pokcik... Jadi tahniah buat blog yang tersenarai dan berjaya menarik hati pokcik. 1.    http://ciklapunyabelog.blogspot.my 2.    http://penggaliilmudunia.blogspot.my 3.    http://iammasitahsamsudin.blogspot.my 4.    http://vithebat.blogspot.my 5.    http://starlavenderluna.blogspot.my 6.    http://mellyacrayola.blogspot.my 7.    http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my 8.    http://mummysupplementshop.blogspot.my 9.    http://mardiahdiana.blogspot.my 10.  http://hatinufid.blogspot.my 11.  http://miszrockers.blogspot.my 12.  http://mimixoo.blogspot.my 13.  http://bicaragadisbiasa.blogspot.my 14.  http://hiphiphorray15.blogspot.my 15.  http://reenri.blogspot.my 16.  http://bluechoralpearl....

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh

Jom Join segmen ni.. klik banner.

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi

Nama Blog : Pokcikblogger.com Jantina : Lelaki Tarikh penyertaan adalah pada 28/07/2016 sehingga 31/07/2016. Klik banner untuk join..

Notebook dari SUB BAS

Akhirnya selesai sudah kursus Pengukuhan Pengurusan Kewangan selama empat hari di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu anjuran Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Zon Timur. Bagi tiga slot terakhir pada kursus ini telah disampaikan oleh Setiausaha Bahagian Audit Sekolah (SUB BAS) Kementerian Pendidikan Malaysia En. Azmi bin Mohamad. Dalam setiap slot yang disampaikan setiap peserta yang dapat menjawab dengan tepat akan diberikan hadiah sebuah notebook dari beliau.  Jadi ramai jugalah rakan-rakan peserta yang dapat menjawab termasuklah pokcik sendiri... tapi pokcik punyalah lagi besar dari peserta-peserta yang lain..  Rezeki pokcik lagi.

Simple Giveaways by Snek Lazat... Popia free dek nooooonn...

Pokcik dah join ni,.. jadi pokcik nak ajak rakan-rakan blogger join sama... Klik banner atas tu kalau nak join. Pokcik nak rasa ni

Hari ke 3 berkursus

Hari ni dah masuk hari ketiga pokcik berkursus disini,.. di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa ni. Besok memang last.. tapi satu lagi kumpulan yang berkursus Naik Pangkat dah selesai pada tengahhari tadi. Cuma tinggal kini kumpulan pokcik yang berkursus Pengukuhan Pengurusan Kewangan sekolah. Bila buat kat sini dah rasa macam pelajar maktab pulak ... maklumlah pokcik ni tak pernah masuk maktab.. Kalau hari-hari sebelum ni pokcik berulang alik dari rumah kediaman di Jerteh, Terengganu ke sini.. Tapi malam ni pokcik menginap di asrama maktab ni. Nak rasa suasana asrama pulak.. Nak bersembang-sembang dengan rakan-rakan kursus dari Kelantan dan Pahang, juga dari rakan sejawatan dari daerah lain di Negeri Terengganu.. Yang paling utama pokcik dah tak larat nak pandu kereta dari Jerteh ke sini .. menempuhi berpuluh-puluh traffic light .. dengan jalan yang jem pada waktu puncak. Turun dari rumah selepas solat subuh sampai kesini lebih k...

menang "Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak"

Terkejut juga pokcik bila tengok ramai yang ucap tahniah.. ingatkan apa rupanya pokcik menang giveaway yang dianjurkan oleh Cik Akak..  Alhamdulillah... dan terimakasih pokcik kat Cik Akak... Tak disangka juga pengumuman pemenang oleh Cik Akak bagi giveaway ni menyebaka n page view blog pokcik mencanak naik. Kunjungan trafik dari blog Cik Akak..  Peningkatan yang jarang berlaku di blog pokcik..

Segmen Bloglist 2016 by Cik Eyz

Jom join.. bagi yang nak join klik banner atas tu. Segmen tamat pada 30 Julai 2016 jam 8.00 malam

Tengok-tengok dulu

Tadi petang bila pulang dari Pantai Bukit Keluang, lalu depan pusat pameran Perodua. Tiba-tiba bini pokcik minta singgah kat bilik pameran ni. Katanya nak tengok Perodua Bezza. "Betul ke nak masuk ni" tanya pokcik pada bini. "Betullah kita masuk dulu, tengok cantik ke tidak kereta ni" kata bini kat pokcik. Pokcik ikut saja kehendak bini. Anak-anak pun ikut sama masuk. Bila ada kat dalam ruang pameran tu pokcik cubalah masuk dalam kereta buat ala-ala nak pandu uji kereta tu.   Keluar dari kereta tu pokcik tengok bini sedang elok dok bertanya kat salesman tu.  Biar betul ni... Lepas tu bini pokcik kata dah berkenan kat 1.3 advanced.. ahhaa,, biar betul ni...  "Banyak pula duit awak" Tanya pokcik kat bini. "La, berkenan saja, tak salahkan" Kata bini. "lagi pun kita tengok saja ni, tiada niat nak beli pun. Kalau ada rezeki kita tu adalah ye" sambungnya lagi. Pokcik dia je.. Betullah tu, kalau ada rezeki adalah nan...

Bengkel eSPKWS, Taklimat HRMIS dan lepas ni ....

Entah kenapa lah lepas raya ni jadi sibuk, terpaksa tinggalkan pejabat. Bermula dengan Bengkel Permurnian akaun eSPKWS di SMK Tok Dor pada 21 Julai dan pada 22 Julai pula diadakan Taklimat Perisytiharan Harta HRMIS di Pejabat Pendidikan daerah pula. Pada 25 Julai hingga 28 julai ni pokcik akan berada di Institut Perguruan Kampus Pengkalan Chepa bagi menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan anjuran Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Zon Timur Rasanya bila balik kat pejabat nanti bertambunlah kerja-kerja yang terpaksa dilakukan memandangkan kat pejabat sekolah pokcik tu hanya pokcik sorang je staff.. ehemm... ehemm tuga tetap akan dilaksanakan.. Berkhidmat untuk agama , bangsa dan negara kan..

Pengagihan Susu 1M

Bukan main seronok anak-anak  sekolah ini.. bukan main riangnya hati mereka, bila pagi ni mereka semua dijemput ke dataran sekolah.. Tujuannya satu sahaja.. untuk mengagihkan susu ini kepada mereka semua dan mereka cukup teruja. Jom lihat keriangan di wajah anak-anak ini.. bukan mereka sahaja gembira.. cikgu-cikgu pun tumpang seronok sama..

Aktiviti lepas hujan petang, akhirnya pokcik layan cerita pokemon

Lebih kurang jam 3.00 petang, area kampung pokcik hujan lebat... lebat sekali disertai dengan guruh dan petirnya... yang amat kuat ( kata anak pokcik ). Jadi bila hujan macam ni.. aktiviti pokcik untuk menyangkul tanah berkebun terbantut.. mana taknya bila tanah basah... nanti melekat kat hujung cangkul Jadi tiada apalagi yang dapat pokcik lakukan untuk petang ini.. pusing punya pusing belakang rumah pokcik tengok buah mempelam pokcik dihujung ranting.. buah mempelam ni .. Orang kampung pokcik panggil woh pauh .. woh pauh ni orang panggil woh pauh Che Ana ... Memang sedap rasanya.. tahun ni merupakan tahun kedua pokok ni berbuah.. Tiba-tiba tadi terlintaslah dihati untuk membalut buah ni se kali. ... Bukan tu aje.. pokok cempedak dibelakang rumah yang tengah berbuah lebat tu pun pokcik balut sekali buahnya... Tak dibalutnya nanti banyak pulak buah yang rosak.. Tengah membalut buah cempedak tadi pokcik terpandang dua tiga ekor burung merbah yang seda...

Gatal mata gatal hidung

Gatal mata, gatal hidung .. hidung berair..Begitulah yang boleh pokcik katakan sekarang ni, berlaku disetiap pagi. Memang pokcik ada resdung...  Tapi rasanya resdung ni dah lama tak datang melanda.. nak katakan makan ubat rasanya tidak... tapi sekarang ni memang cukup berpantang... berpantang dengan benda yang alah Tapi bila cerita kat kawan.. katanya itulah kesan minum Min Kaffe . Macam yang dia pernah alami dulu... jangan berhenti minum, tetap teruskan.. katanya lagi.. dia dulu pun pernah alami... Tengok lah rupa aku sekarang katanya.. tapi betullah, wajahnya dulu berjerawat, berbintik-bintik merah tapi sekarang dah licin... Lagi pun Min Kaffe ni sedaplah..

Sambutan hari raya di sekolah

Pagi tadi, boleh dikatakan semua sekolah di daerah pokcik bahkan di negeri kelahiran pokcik ini mengadakan majlis sambutan hari raya secara serentak. Tidak terkecuali sekolah tempat pokcik bertugas.. Tadi jam 10.00 pagi berlangsungnya majlis sambutan ini... Walaupun disambut secara sederhana tetapi tetap meriah.. Bagi anak-anak murid ianya tetap meriah dengan masing-masing datang mengadakan pakaian hari raya masing-masing Turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya tahun ini ialah Jawatankuasa PIBG dan pihak Pengurusan FELDA setempat. Seperti biasa pokcik belanja sekeping dua gambar majlis yang berlangsung pagi tadi...

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Giveaway tamat : 25.07.2016 jam 7.00 pagi Pemenang akan diumum pada 25.07.2016 jam 8.00 pag Klik banner untuk join sama...

Meja kerja #22 - Min Kaffe dan Hai-o Garlic Tablet

Selepas raya ni dah banyak hari perut pokcik meragam, kadang-kadang kembung, perut mengeras. Aturan jadual pemakanan yang berubah menyebabkan perut pokcik meragam. Kalau sebelum ni puasa, waktu makan tetap ikut jadual berbuka...  Bila tiba time raya makan ikut sedap masa dan ikut sedap selera inilah jadinya..  Memang cukup tidak selesa perut. Bagi yang pernah kena gastrik ni tentu tahu bagaimana ketidakselesaannya. .. dengan letihnya dengan penat.. segala kerja rasanya malas nak buat bila badan rasa sebu.. pening kepala pun ada.. pendek kata gakk... semua malas. Jadi adalah seorang sahabat pokcik cadangkan pokcik amalkan produk ni.. Min Kaffe dan Hai-o Garlic..  diberinya dua produk ni tadi... bukan free pun.. Kebaikan MIN KAFFE :  1. Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.  2. Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan      kalium.  3. Menghilangkan keletihan fizikal dan mental....

giveaway by syazwani mazlan 2016

Tarikh tutup 13 Julai 2016 jom join ..klik banner  

Selamat hari raya aidil fitri dari Pokcikblogger

Dua hari lagi nak raya

Sedar tak sedar, dua hari je lagi  nak sambut raya . Jadi, Pokcik  nak  ambik kesempatan  mengucapkan SALAM AIDILFITRI  kepada rakan-raka blogger. Pokcik juga mengambil kesempatan  menyusun sepuluh jari memohon  maaf atas sebarang kekurangan  dan kesilapan seandainya ada... Ramai yang dah bergerak balik ke  kampung halaman sejak jumaat   lepas. Yalah, dah start cuti sekolah kan... Mungkin juga ada rakan-rakan blogger  yang m asih belum mulakan perjalanan,  tunggu jalan dah kurang jem, atau  masih belum cuti...  Kalau dua tiga hari yang lepas mood raya tak kunjung tiba walaupun macam-macam lagu raya ke udara diradio dan dipasang kat mall, kat bandar pokcik ni.. tapi hari ni mood raya benar-benar dah datang bila kakak-kakak yang tinggal jauh mula sampai  di kampung. Kepada rakan-rakan blogger yang baru bercadang untuk bertolak pulang ke kampung-kampung diserata Malaysia ni, berhati-hatilah s...

Jemur ubi jari buaya

Petang semalam sepupu pokcik datang meminta ubi jari buaya untuk dibuat ubat. Memandangkan dia sepupu tak pulak pokcik berniat untuk menjual kepada dia.. pokcik bagi aje satu bekas kecil potongan ubi jari buaya yang telah dikeringkan... dan bersekali dengan satu polibeg anak ubi ni. Pokcik dah bagi tahu kat dia pokok ubi ni bukan macam pokok ubi kayu, bukan macam ubi keledek dan juga bukan macam ubi badak.. tanam dan dalam masa enam bulan dah dapat ubinya... ubi ni dia lain sikit... dalam tahu baru isi dia sebesar lengan kanak-kanak.. bukan main susahkan nak dapat ubi dia.