Projek Baru Nak Bermula ...Hari ni memang cukup penat.. bayangkan dalam keadaan panas membahang... cuaca, udara yang panas. Serasa tidak bermaya badan ini.. Sudah agak lama aktiviti ini pokcik tinggalkan.. hampir bertahun terperuk dalam bilik pejabat yang berhawa dingin. Tiba-tiba hari ini bermandi peluh ditengah hari... dengan matahari terpacak diatas kepala. Terasa kepala berdenyut-denyut, nafas menjadi semput kerana stamina tidak mencukupi.. Tanah ini baru dibersihkan oleh jentolak... banyak lagi yang perlu dilakukan atas tanah ini sebelum aktiviti penanam dilakukan. Untuk waktu ini, rasanya setiap hari minggu kesinilah tempatnya pokcik bercuti. bermain disini, membersih persekitaran sini. Tanah ini pokcik bercadang untuk ditanam dengan kelapa sawit... Tapi sebelum sawit membesar pokcik akan selitkan anak-anak pisang diantara lorong tengah sawit Tadi pokcik bercakap dengan beberapa orang rakan kat sini... yang sama-sama membersihkan tanah dia orang....