Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Acanthosoma labiduroides

Acanthosoma labiduroides atau dalam bahasa mudahnya kesing  dalam keluarga    Pentatomoidea  .. Yang ni kesing j antan..  Kesing ini lebih besar dari kesing yang berwarna kelabu. Banyak berkeliaran disekitar kebun sayur pokcik. Menghisap air dari batang pokok lada dan kangkung yang akhirnya pokok menjadi layu atau batang menjadi hangus  menyebabkan kematian pokok tanaman.

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com

Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019 , iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019 . Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog MiaLiana.com  dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI 5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019 . ** jom support Mia Liana....

Mentadak mentadu

Wah, lama benar pokcik tidak menjengah blog ini...blog kesayangan yang ditinggalkan. Mentadak mentadu, ditempat pokcik ni orang panggil sudu senor. Waktu dizaman kanak-kanak dulu pokcik sukalah menangkap serangga ni untuk dibuat permainan. Sekadar suka melihat gelagat dan gerakan serangga ni. Gerakan dua kakinya yang sungguh cantik...  dalam cerita-cerita kungfu cina pun ada gerakan mentadak ni. Dalam gambar ni... benda yang dipegang oleh mentadak itu adalah sayap kupu-kupu, badan kupu-kupu ini sudah habis dimakannya. Sayangnya waktu pokcik menemuinya peristiwa mentadak ni menangkap kupu-kupu telah berlaku. kalau tidak dapatlah pokcik rakam video dia menangkap mangsanya. Satu moment yang indah terlepas... 

Burung bangau kecil

Dua keping gambar ni pokcik rakam petang tadi sewaktu ronda ronda kawasan sawah bendang.  Bukan senang untuk menghampiri burung ini.. Lebih kurang 300 meter jaraknya dari burung ini. Menjadi liar dan agak culas akibat dari aktiviti berburu yang dilakukan di kawasan sawah terutama pada musim tengkujuh.  Kiranya tadi pokcik bernasib baik, bila motosikal dihentikan burung ini tidak terbang lari tetapi berada dalam keadaan berjaga jaga.  Alhamdulillah walaupun jauh gambar dapat dirakam tanpa getaran atau dengan getaran yang kecil. 

Kubung

Gambar Kubung ini pokcik rakamkan petang semalam. Sebelum hujan mencura-curah turun membasahi tanah kampung halaman pokcik. Bergayut tinggi nun dihujung pokok nangka dihadapan rumah jiran. Sudah agak sukar untuk melihat keberadaannya dikawasan kampung kini berbanding sewaktu pokcik kanak-kanak. Sudah dikategorikan sebagai spesis hampir pupus dan terancam dan dilindungi dibawah akta hidupan liar. Kubung ini merupakan seekor kubung betina. Ada seekor anak yang berlindung dan bergantung diperut. Cuma pokcik tidak dapat merakam gambarnya. Kubung  (Malayan flying Lemur) ialah salah satu daripada  haiwan  colugo, yang terdapat di  Malaysia . Nama sainsnya Cynocephalus variegatus. [1] ,  [2]  Terdapat satu lagi spesies iaitu Kubung Filipina - Cynocephalus volans yang hanya terdapat di Filipina. Sungguhpun nama Inggeris Kubung adalah The Malayan Flying Lemur ia bukannya  lemur  dan tidak terbang. Sebaliknya, ia melun...