Tentang Aku


Panggil aku Mizi... kalau yang remaja sila panggil aku pakcik atau uncle aku tak kesah. Aku orang biasa-biasa aje... Tiada yang lebih pada diri aku. Usia aku sekarang pertengahan 40an... Aku hanya kerja kuli di jabatan kerajaan/sekolah... tapi aku bukan cikgu... sapu apa yang tertinggal... ruang lingkup kerja aku hanyalah pejabat. Sebelum aku kerja kerajaan aku hanya pekebun, peladang dan juga penoreh getah.



Hobi aku banyak... dulu aku minat memancing. Lepas tu aku minat pada jungle trekking dan rentas hutan sempadan antara negeri serta panjat gunung... aku jadi juru pandu arah bagi mereka yang minat mendaki gunung (Gunung Tebu)... aku dapat sedikit upah... lepas tu aku tukar lagi minat... aku jadi photographer perkahwinan masa tu kat tempat aku ni tak ramai lagi yang pillih bidang ni... Kehulu kehilir aku pikul SLR.. masa tu mana ada lagi SLR... bila musim cuti sekolah.. poket aku sentiasa kembung, aku dapat banyak job.. Bila DSLR banyak dipasaran dan mampu dimiliki dan ramai yang jadi photographer.. aku gantung DSLR aku.

Aku join group mat motor pula.. konvoi sana sini..bila dah jalan ramai-ramai.. bila dok atas jalan masa ni rasa macam kami je raja... tetapi etika sentiasa jaga.


Aku amat minat pada muzik... aku sama kawan-kawan ada satu band... impian aku zaman remaja dulu nak jadi artis.... rasanya ramai yang memasang impian macam ni.... glamer gitu..... band aku ni band otai.. biasa buat persembahan kat majlis kahwin.... setahun dua lepas aku tarik diri.. bila aku rasa dah tua aku jadi malu... sekali sekala aku tetap layan kat jamming je.. untuk majlis kahwin aku malu..



Aku kembali ke hobi asal aku.. berkebun... walaupun tiada ruang yang luas... aku tanam sayuran di dalam polibeg... bila balik kerja, aku berkebun. Aku juga pemilik bersama Syarikat Ainijaya Trading...yang diuruskan oleh isteri aku... bidang perniagaan kami, pakaian dan makanan..

Aku mula berblog pada tahun 2006 dengan pelbagai niche... yang akhirnya aku sendiri tidak tahu berapa blog yang aku miliki waktu itu... semuanya sudah tidak boleh diakses.. antara blog yang boleh aku lihat ialah blog INI dan INI tapi sudah tidak dapat diakses juga.. akhirnya aku biarkan ia terbiar..Kali ini aku rasa nak serius dengan blog ini.. 

Oh ya, aku lupa nak bagi tahu, aku ada anak lima semuanya dan yang bongsu sekali tu perempuan... dan suami buat seorang isteri.... yang kedua belum ada lagi.. yang ni pasti ramai perempuan yang marah..



Tiada ulasan: